Analisis Teknikal USD/CHF untuk 1 April, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan didagangkan dengan kecenderungan aliran menurun. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh sentimen dolar yang melemah dan permintaan mata wang franc sewaktu pasangan CHF/JPY mengukuh. Walau bagaimanapun, sentimen CHF telah terjejas ekoran daripada barometer ekonomi Switzerland KOF bagi bulan Mac yang mencatatkan jumlah yang lebih rendah berbanding ramalan (dicatatkan sebanyak 1.99 berbanding 2.02 pada ramalan). Penurunan harga bagi pasangan mata wang USD/CHF ini juga telah dihadkan oleh dasar monetari dovish oleh Bank Negara Swiss. Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran kenaikkan harga, purata pergerakkan lima hari kini berada di atas MA 15 hari dan kian meningkat, walau bagaimanapun stokastik kini dilihat telah bertukar menjadi aliran penurunan harga pada wilayah terlebih beli.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8810; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.8785. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.8875. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.89 dan sasaran kedua pada tahap 0.8930.

Tahap Rintangan:
0.89
0.8930
0.8960

Tahap Sokongan:
0.8810
0.8785
0.8765