Harga emas telah menyambung penurunan semalam ke arah $1,270.Kami menyatakan dalam analisis yang sebelumnya bahawa kawasan pada $1,250-70 adalah kawasan sokongan yang penting dan saya percaya pergerakkan menurun daripada $1,391 akan berakhir dalam atau berhampiran kawasan sokongan ini.Lantunan saya jangkakan akan berganjak 38% atau 50% dan ini akan menjadi peluang jual yang baik untuk perdagang sebagai gambaran jangka masa panjang adalah menurun dengan sasaran bawah $1,180.
Aliran jangka masa pendek kekal menurun dan rintangan jangka masa pendek dijumpai pada $1,288.Rintangan jangka masa pertengahan dijumpai pada $1,298-$1,300.Jika aliran jangka masa serderhana ditembusi,kita boleh katakan dengan selamat bahawa penurunan daripada $1,391 sudah berakhir dan pembetulan kenaikkan telah pun bermula.
Dalam carta harian saya tunjukkan bahawa apa yang perlu kita jangkakan oleh harga Emas jika harga rendah berlaku,dan jika kita tidak melihat tahap rendah.Sasaran pertama saya pada lantunan kenaikkan adlaah 38% anjakkan.Sasaran kedua saya ialah 50% anjakkan.Saya percaya bahawa awan Ichimoku akan memainkan peranan yang penting dalam menyediakan kita dengan sasaran pada lantunan dan rintangan yang akan menghentikan sebarang pergerakkan menaik yang boleh mengubah $1,391.