Huraian:
Sebagaimana analisis kami yang terdahulu, pasangan mata wang EUR/NZD ini telah didagangkan dalam aliran menurun, sama seperti yang kita jangkakan, harga dilihat telah diuji dan ditolak daripada tahap 1.6177 (lanjutan Fibonacci 161.8%). Berdasarkan pada carta harian, kami mendapati bahawa jumlah bekalan telah mengatasi permintaan (up-treast-bar) pada jumlah yang lebih tinggi, yang mana ini adalah merupakan satu petanda bahawa kedudukan membeli pada tahap ini kelihatan amat berisiko dan kita boleh melihat kesinambungan harga ke tahap yang lebih rendah bagi pasangan mata wang ini. Harga pasangan telah ditolak daripada lanjutan Fibonacci 161.8% kami pada tahap harga 1.5810 dan menguji tahap penarikan semula Fibonacci 38.2% pada tahap harga 1.6018. Sekiranya harga pasangan mata wang ini berjaya menembusi pada tahap harga 1.6018 pada jumlah yang lebih tinggi, maka kita berkemungkinan akan dapat melihat harga mengji pada tahap 1.5920 (Penarikan semula Fibonacci 61.8%). Perhatikan peluang menjual sejurus selepas harga ditarik semula.
Pangsi Harian Titik Fibonacci:
Tahap Rintangan:
R1: 1.6145
R2: 1.6178
R3: 1.6231
Tahap Sokongan:
S1: 1.6039
S2 : 1.6006
S3: 1.5953
Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan untuk lebih berhati-hati semasa mengambil pesanan membeli EUR/NZD dan perhatikan peluang untuk menjual selepas harga bagi pasangan mata wang ini mengalami penarikan semula.