Analisis Teknikal GBPJPY untuk 8 April, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang GBP/JPY ini dijangkakan akan mengukuh selepas mencecah tahap rendah satu minggu yang terletak pada tahap 141.12 pada hari Isnin. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh sentimen euro yang bertambah baik dan permintaan dari pengimport Jepun. Walau bagaimanapun, kenaikkan bagi pasangan mata wang GBP/JPY ini telah dihadkan oleh peningkatan penghindaran risiko pelabur dan penjualan eksport Jepun. Carta harian dilihat masih berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan stokastik berada dalam mod penurunan harga.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 170.30; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 169.50. Titik pangsi kekal berada pada tahap 172.00. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 172.75 dan sasaran kedua pada tahap 173.15.

Tahap Rintangan:
172.75
173.15
173.60

Tahap Sokongan:

170.30
169.50
1697