Analisis Teknikal NZD/USD untuk 08 April, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang NZD/USD ini dijangkakan akan berdagang didalam julat. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan ekoran daripada penjualan mata wang dolar NZ semasa pasangan NZD/JPY melemah di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko pelabur. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang NZD/USD ini telah didorong oleh pendirian agresif Bank Rizab New Zealand terhadap dasar monetaridan permintaan dolar NZ sewaktu pasangan AUD/NZD melemah, sentimen dolar yang negatif, harapan pelonggaran monetari di China dan tinjauan suku tahunan New Zealand S1 NZIER menunjukkan keyakinan perniagaan yang diadakan stabil pada suku pertama - bersih 52% pada firma yang menjangkakan keadaan perniagaan akan meningkatkan untuk tempoh enam bulan yang akan datang dan kekal pada paras tertinggi sejak pertengahan tahun 1994. Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana purata pergerakkan 5-hari jatuh di bawah MA 15 hari MA, MACD adalah penurunan harga namun stokastik kini sedang beralih kepada kenaikkan harga.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8670 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.87. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.8570. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.8530. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.8610.

Tahap Rintangan:
0.8675
0.87
0.8735

Tahap Sokongan:
0.8570
0.8530
0.8510