Pembinaan perumahan Kanada bagi bulan Mac mencatatkan penurunan yang lebih rendah berbanding ramalan dan permit bangunan jatuh mendadak pada bulan Februari, menurut data yang dikeluarkan pada hari Selasa yang mencadangkan negara untuk mengukuhkan pasaran perumahan. Pembinaan perumahan bagi bulan Mac jatuh 17.7 peratus kepada kadar pelarasan bermusim tahunan sebanyak 156.823 unit, jauh di bawah unjuran ahli ekonomi yang mensasarkan sebanyak 191,000 unit.
Semakan semula pembinaan perumahan bagi bulan Februari juga menunjukkan penurunan kepada 190.639 berbanding 192.094 pada laporan asal, menurut Canada Mortgage and Housing Corp (CMHC). Laporan kelembapan dalam perumahan kini telah bermula sebgaimana Statistik Kanada memaklumkan bahawa majlis perbandaran telah mengeluarkan permit bangunan yang bernilai $ 6.1 bilion pada bulan Februari, turun 11.6% daripada bulan Januari.
Gambaran Teknikal-
Pasangan mata wang ini dilihat sedang berhadapan dengan situasi genting pada hari ini. Sama ada pada data fundamental mahupun pada data teknikal, corak dagangan hari ini pada adalah sangat penting bagi sasaran yang akan datang. Pada sesi dagangan Asia, pasangan mata wang ini didagangkan pada tahap 1.0928, manakala tahap 1.0910 adalah merupakan tahap yang sangat penting. Sepertimana yang telah kami syorkan di dalam laporan kami sebelum ini, 1.09 adalah merupakan sl untuk kesemua pesanan membeli.
Gambaran Kedudukan-
Merujuk pada carta harian, pasangan mata wang ini sedang didagangkan di bawah petunjuk momentum. Harga kini sedang mengukuh pada tahap rendah 19 Feb, iaitu di tahap 1.0910. Sekiranya pasangan mata wang menutup di bawah tahap tersebut pada hari ini, maka panik akan memabawa pasangan bergerak menuju ke arah tahap 1.08 dan juga ke taahp 1.0711. Sekiranya harga meneruskan pergerakkan menurun, maka kami mencadangkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan membeli pada pasangan ini dengan menetapkan sasaran pada tahap 1.0955, dan 1.1. Selepas penutupan harian di atas tahap 1.1078, pasangan ini akan berada di dalam kecenderungan kenaikkan harga bagi sasaran yang lebih tinggi.
Urusniaga Harian-
Berdasarkan pada carta 4H, RSI menunjukkan perbezaan yang positif, dan pasangan mata wang ini dilihat telah menembusi sokongan yang terletak pada tahap 1.0910. Kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang ini akan jatuh hingga mencecah pada tahap 1.0955 dalam kadar yang segera, dan seterusnya menembusi pada tahap 1.1 dan 1.1022. Jika pasangan mata wang ini menembusi pada tahap 1.0910, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pada tahap 1.09 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.8 dengan segera.
Safe traders boleh mengambil pesanan membeli hanya di atas tahap 1.0933. Ia adalah merupakan 'double top' di dalam carta 4H.