Analisis Teknikal USD/CHF untuk 09 April, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan stabil dengan kecenderungan penurunan harga selepas harga mencecah tahap rendah empat hari pada 0.8823, hari Selasa. Sentimen CHF telah dirangsang oleh penurunan kadar pengangguran di Switzerland bagi bulan Mac kepada 3.3% berbanding 3.5% pada bulan Februari. Pasangan mata wang USD/CHF ini juga dilemahkan oleh kelemahan dolar yang kian meningkat dan permintaan mata wnag franc semasa pasangan EUR/CHF melemah. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang USD/CHF ini adalah disebabkan oleh penjualan mata wang franc pada pasangan CHF/JPY sewaktu sentimen yen positif dan pendirian dasar monetari oleh Bank Negara Swiss. Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah kenaikkan harga, walau bagaimanapun stokastik jatuh dari zon terlebih beli.

Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8790; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.8760. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.8845. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.8870 dan sasaran kedua pada tahap 0.8890.

Tahap Rintangan:
0.8870
0.8890
0.8910

Tahap Sokongan:
0.8790
0.8760
0.8730