Analisis Teknikal USD/JPY untuk 09 April, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang USD/JPY ini dijangkakan akan mengukuh dengan kecenderungan penurunan harga setelah harga menembusi tiga minggu rendah pada tahap 101.55 hari Selasa. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh sentimen yen yang positif selepas Bank of Japan diadakan mengekalkan dasar pada hari Selasa dan Gabenor BOJ Kuroda berkata beliau tidak akan menimbang apa jua langkah pelonggaran tambahan kerana beliau " yakin seperti sebelum ini" bahawa BOJ boleh mengatasi masalah 15 tahun deflasi dan merangsang inflasi 2% pada musim bunga yang akan datang. Sentimen yen juga dirangsang selepas Jepun mencatatkan lebihan akaun semasa sebanyak Y612.7 bilion pada bulan Februari - Lebihan pertama dalam masa lima bulan.Pasnagan mata wang USD/JPY ini juga telah didorong oleh hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah di tengah-tengah kepercayaan pelabur bahawa Rizab Persekutuan tidak akan tergesa-gesa untuk menaikkan kadar faedah, dolar yang kian melemah (Spot Indeks Dolar ICE terakhir 79.79 berbanding 80.22 awal hari Selasa ); dan penjualan eksport Jepun. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang USD/JPY ini adalah disebabkan oleh permintaan dari pengimport Jepun, dana pembiayaan perdagangan yen di tengah-tengah selera risiko pelabur yang bertambah baik (Tolok ketakutan VIX susut 4.37 % kepada 14.89) sebagaimana saham-saham AS kembali kukuh pada hari semalam ( S&P naik 0.38 %) dan Indeks Keyakinan Perniagaan Kecil NFIB AS meningkat kepada 93.4 pada bulan Mac berbanding 91.4 pada bulan Februari.

Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana stokastik telah jatuh daripada wilayan terlebih beli, MACD dilihat sedang melintasi aliran penurunan harga berbanding purata pergerakkan eksponen.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 101.45; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 101.20. Titik pangsi kekal berada pada tahap 102.30. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 102.65 dan sasaran kedua pada tahap 103.


Tahap Rintangan:
102.65
103
103.45

Tahap Sokongan:
101.45
101.20
101