Kadar pengangguran di Australia jatuh kepada 5.8% pada bulan Mac berbanding 6.1% pada bulan Februari, angka rasmi mendedahkan. Jumlah individu yang mempunyai pekerjaan meningkat sebanyak 18,100 (pelarasan bermusim) kepada 11.55 m, Biro Perangkaan Australia melaporkan. Pekerjaan sepenuh masa jatuh 22,100 kepada 8.02 m pada bulan Mac manakala jumlah pekerjaan sambilan meningkat sebanyak 40.200 kepada 3.52 m. Eksport China berada pada kadar tahunan sebanyak -6.6% pada bulan Mac (Ramalan +4.8%, terdahulu -18.1%). Import China bagi bulan Mac mencatatkan -11.3% (Ramalan +3.9%, terdahulu +10.1%). Jumlah perolehan import dan eksport China berjumlah sebanyak $ 965.88 bilion, jatuh 1%.
Gambaran Teknikal-
Pasangan mata wang ini dilihat mula memihak kepada aliran penurunan harga selepas data yad China mencatatkan bacaan dibawah jangkaan. Pasangan kini sedang didagangkan pada tahap 1.9415 dalam sesi dagangan Asia. Pasangan mempunyai rintangan yang kuat pada tahap 0.9450. Berdasarkan pada carta harian dan setiap jam, RSIkini berada di dalam wilayah terlebih beli. Saya menjangkakan bahawa pergerakkan kenaikkan harga bagi pasangan mata wang ini akan terhad dan bersedia untuk pembetulan harga sebagaimana yang telah berlaku pada pasangan GBP/USD dan EUR/USD. Walau bagaimanapun bagi pasangan AUD/USD, kami menjangkakan bahawa akan terdapat pembetulan harga yang mendalam ke arah tahap 0.9242, dengan sokongan pertengahan terletak pada tahap 0.9363, 0.9297, dan 0.9280.
Bagi aliran menaik, sekiranya pasangan mata wang ini didagangkan di atas tahap 0.9450, maka harga diramalkan akan melonjak hingga ke tahap 0.9550 dan 0.957 dengan serta-merta.
Cadangan Perdagangan-
Positional- Ambil pesanan menjual pada tiap kali kenaikkan harga dengan menetapkan sl pada tahap 0.957 dan sasaran (cb) pada tahap 0.92; cmp 0.9415.
Intraday- Ambil pesanan membeli di atas tahap 0.9450 dengan menetapkan sasaran pada tahap 0.9550 dan 0.957.