Analisis Teknikal GBP/CHF untuk 10 April, 2014

Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:

1. Pasangan mata wang GBP/CHF dilihat masih lagi berusaha untuk menembusi tahap rintangan 1.4850 pada masa sekarang. Pembalikan aliran penurunan harga ini adalah berkemungkinan daripada tahap harga semasa yang mana ia akan mengheret harga menuju ke arah tahap 1.4450. Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal menjual pada masa sekarang, dengan risiko kekal ditetapkan pada tahap 1.4850/60. 


2. Sokongan bagi pasangan mata wang ini dilihat terletak pada tahap 1.4650, dan diikuti dengan tahap 1.4450, 1.4350 dan seterusnya tahap yang lebih rendah, manakala rintangan pula ditetapkan pada tahap 1.4850/60, dan diikuti masing-masing dengan tahap 1.4950 dan 1.5120.


3. Struktur menunjukkan bahawa selagi pasangan mata wang GBP/CHF ini didagangkan di bawah tahap 1.4850, maka aliran penurunan harga berpotensi untuk mengambil kembali kawalan dan meneruskan pergerakkan menuju ke tahap yang lebih rendah ke arah ayunan rendah 1.4450 dan seterusnya.

Cadangan Perdagangan:

Kekal pada kedudukan menjual, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 1.4850, dan sasaran adalah terbuka.

Semoga berjaya!