Ramalan dan Analisis Mingguan EUR/USD untuk 14-17 April, 2014

Ramalan

Sebahagian besar daripada peserta pasaran beranggapan bahawa kejatuhan harga yang pertama adalah melibatkan mata wang dolar dan kemudiannya diikuti oleh mata wang euro. Pada beberapa yang lalu, saya ada membincangkan mengenai corak lanjutan akhir yang mana ia tidak akan mencecah di atas tahap 1.4. Oleh yang demikian, di sini terdapat alternatif sebagaimana kebanyakan mata wang terus mencatatkan peningkatan berbanding dolar sekali lagi dan komoditi juga semakin meningkat. Adakah kita sedang melihat kejatuhan dolar sebenar? Carta euro jangka panjang mempunyai perkiraan alternatif seperti mana yang telah saya bincangkan dalam artikel-artikel saya sebelum ini. Carta bulanan kekal mencatatkan tahap tinggi yang lebih tinggi dan dasar menunjukkan aliran membangun.

Sekiranya mata wang euro bergerak di atas 1.4, maka ia diramalkan akan mencetuskan pergerakan ke tahap yang lebih tinggi di dalam carta bulanan dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.425, 1.44, 1.4550, 1.47, dan 1.496. Anda boleh menyemak pengiraan pada carta mingguan di bawah.

Berdasarkan pada carta harian, perkiraan bagi pasangan mata wang ini berkemungkinan besar adalah seperti yang berikut. Keseluruhan corak 2005-2012 adalah segitiga didalam gelombang B dan kini gelombang C jangka panjang telah bermula (carta bulanan). Corak gelombang Elliott pada carta harian telah dinyatakan dalam carta di bawah. Carta harian akan dikira sebagai satu siri impuls dan kami baru sahaja melengkapkan gelombang 2 pada 3. Gelombang 3/3 kini telah bermula. Di atas tahap 1.4, alternatif kenaikkan harga perlu dipertimbangkan secara aktif bagi mata wang euro. Dan sebagaimana euro mempunyai hampir 50% daripada indeks dolar, maka mata wang dolar akan terus menurun.

Analisis Mingguan (14-17 April)

Pasangan mata wang ini sedang menghadapi rintangan yang kuat pada tahap 1.39. Seperti yang telah kami cadangkan didalam artikel sebelum ini, ambil pesanan menjual semasa kenaikkan harga bagi perspektif jangka pendek, strategi yang sama masih lagi disarankan kepada para pedagang untuk minggu ini. Sehingga pasangan didagangakn di atas tahap harga 1.4, para pedagang boleh membuka beberapa kedudukan menjual. Tanda pertama penurunan harga untuk minggu ini ialah apabila pasangan mata wang ini didagangkan di bawah tahap 1.3876 (Tahap tinggi 24 Mac). Semasa sesi perdagangan Asia, pasangan mata wang ini dilihat didagangkan pada tahap 1.3846. Di sebelah bawah, pasangan ini mempunyai sokongan yang kukuh pada tahap 1.3820, 1.3807, dan 1.3780. Apabila pasangan mata wang ini memecah pada tahap 1.3780 (SMA50) tahap yang akan mencetuskan panik, harga akan hanyut ke arah 1.3673 (Tahap rendah 4 April), 1.3643 (Tahap rendah 27 Mac).


Di sebelah atas, sekiranya pasangan mata wang ini didagangkan di atas tahap 1.3876, maka harga dijangkakan akan melonjak hingga ke tahap 1.39, 1.34, dan 1.396. Para pedagang harus diingatkan bahawa pasangan kini sedang berhadapan dengan tekanan jualan pada tahap 1.39. Pergerakkan menaik baru hanya akan berlaku di atas tahap 1.4. RSI di dalam carta 4H, memihak kepada pesanan menjual. Saya mengharapkan pasangan mata wang ini akan menembusi tahap 1.374 pada minggu ini.



Untuk perspektif urusniaga harian, pasangan mata wang ini diramalkan akan melemah di bawah tahap 1.3826, dan mengukuh di atas tahap 1.3864 ke arah tahap 1.3896 dan 1.3906. Kami menjangkakan akan terdapat penarikan semula harga ke arah tahap 1.3864 dan 1.39.