Analisis Gelombang Elliott AUD/USD untuk 17 April, 2014

AUD/USD GelombangĀ Elliott

Berdasarkan pada analisis kami yang terakhir mengenai pasangan mata wang AUD/USD, kami telah membentangkan dua perkiraan yang berkemungkinan, dan pergerakkan kuat ke tahap yang lebih rendah dalam beberapa hari lalu telah menyebabkan kita memilih senario alternatif. Merujuk pada carta 30 minit di atas, kita dapat melihat tiga gelombang yang lebih rendah daripada paras 0.9460, dan ini sudah mencukupi untuk memangggil kitaran gelombang pembetulan (iv) (berwarna biru) yang telah lengkap. Sementara harga masih kekal didagangkan di atas tahap rendah 0.9330, maka kita akan mencari pergerakan ke tahap yang lebih tinggi pada gelombang iii (v). Selaras dengan peraturan gelombang kami dan mengambil kira bahawa gelombang (iii) perlu melanjutkan 161.8% daripada gelombang (i), maka kita boleh menentukan sasaran yang berpotensi dengan mengukur gelombang (i) dengan menetapkan kedudukan Take Profit pada tahap 0.9447 (161.8% daripadagelombang (i)).


Perkiraan alternatif: Oleh kerana pergerakkan harga pada hari semalam telah menembusi corak pepenjuru, kita harus berhati-hati dengan tahap 0.9409, sebagaimana tahap ini adalah merupakan tempat di mana gelombang pembetulan (iv) boleh melanjutkan pergerakkan dan bertukar menjadi pembetulan 'double three'. Sekiranya perkiraan ini berlaku, maka kawasan membeli yang seterusnya akan bermula daripada tahap 0.9278.



Sokongan dan Rintangan
(S3) 0.9282, (S2) 0.9307, (S1) 0.9338, (PP) 0.9363, (R1) 0.9394, (R2) 0.9419, (R3) 0.9450.

Ramalan PerdaganganĀ 

Prosiding daripada peraturan gelombang Elliot pada hari ini, arah aliran dijangkakan akan memulakan pergerakkan menaik. Itulah sebabnya kedudukan membeli akan berada pada tahap 0.9350 dengan meletakkan kedudukan stop loss pada tahap 0.9330 dan Take Profit pada tahap 0.9448 adalah dicadangkan.