Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
1. Pasangan mata wang EUR/JPY kini dilihat masih berada hampir dengan garisan aliran sokongan berhampiran pada tahap 141.50. Pembalikan harga diramalkan boleh berlaku pada bila-bila masa selagi harga kekal didagangkan di bawah tahap 144.00. Garisan aliran rintangan terletak pada tahap harga 142.20/30 buat masa sekarang dan penembusan harga di atas tahap harga tersebut yang akan dapat mencabar tahap 144.00 sekali lagi. Hanya penembusan harga di atas tahap 144.00 akan memberikan ancaman kepada aliran penurunan harga.
2. Sokongan bagi pasangan mata wang kini terletak pada tahap 140.00 (pertengahan), diikuti dengan tahap 138.50, 136.00, 134.00 dan seterusnya tahap yang lebih rendah manakala rintangan pula dilihat terletak pada tahap 142.50/143.00, dan diikuti masing-masing dengan tahap 144.00 dan 145.50.
3. Struktur menunjukkan bahawa pasangan mata wang EUR/JPY berkemungkinan akan terus didagangkan dalam aliran menurun sehingga harga berada di bawah tahap 144.00, walau bagaimanapun penembusan harga di bawah tahap 140.00 adalah diperlukan untuk mengesahkan penurunan harga selanjutnya. Pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan melanjutkan pergerakkan penurunan harga.
Cadangan Perdagangan:
Kekal menjual, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 144.00 dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!