Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 25 April, 2014

EUR/USD: Pasangan mata wang ini dilihat masih lagi di dagangkan dalam pasaran mendatar, dan harga mempunyai kebarangkalian yang agak besar untuk meningkat ke tahap yang lebih tinggi apabila terdapat penembusan harga. Jangkaan ini adalah logik sebagaimana harga dilihat lebih cenderung untuk menolak penarikan semula penurunan harga. Harga berkemungkinan akan menembusi sama ada pada rintangan yang terletak di tahap 1.3850 untuk ke arah atas atau menembusi garisan sokongan yang terletak pada tahap 1.3800 untuk bergerak ke arah bawah.

USD/CHF: Selepas menguji tahap rintangan 0.8850 untuk beberapa kali, harga bagi pasangan mata wang USD/CHF ini dilihat telah gagal untuk bergerak ke tahap yang lebih tinggi daripada tahap harga sekarang. Malah, harga telah diperbetulkan ke tahap yang lebih rendah - ini adalah merupakan ancaman terhadap prospek kenaikkan harga semasa. Mana-mana penembusan harga di bawah tahap sokongan 0.8800 akan menandakan bahawa dagangan bagi pasangan ini akan menjadi tidak sah.

GBP/USD: Pasangan mata wang ini sedang di dagangkan dalam aliran menaik yang mana harga telah bergerak maik lebih daripada 300 pips sejak 21 Mac 2014 yang lalu. Namun begitu, aliran menaik telah diselangi dengan pembetulan penurunan harga sementara walaupun terlambat. Oleh itu, ia adalah selamat dengan beranggapan bahawa pembetulan penurunan harga ini juga adalah bersifat sementara.

USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY dilihat telah didagangkan dalam aliran mendatar untuk sepanjang minggu ini, walau bagaimanapun tidak lama lagi diramalkan akan terdapat penembusan harga yang ketara di dalam pasaran. Oleh yang demikian, para pedagang dinasihatkan untuk keluar daripada pasaran ini, melainkan jika anda adalah seorang pedagang scalper. Apabila harga menembusi mod penentuan, sama ada harga akan menembusi tahap permintaan 102.00 untuk aliran penurunan harga atau penembusan harga pada tahap bekalan 102.50 juga untuk aliran penurunan harga. Senario yang terdahulu adalah lebih berkemungkinan, ekoran daripada tindakan harga baru-baru ini di dalam pasaran.

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini dilihat mendatar, ia adalah suatu tindakan yang baik untuk keluar daripada pasaran sehingga kecenderungan aliran harga dikenal pasti.