Analisis Teknikal Perak untuk 30 April, 2014

 Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:

1. Perak dilihat masih melemah di sekitar tahap $ 19.30/50 buat masa sekarang. Komoditi ini perlu menembusi di atas tahap $ 20.40 untuk mengesahkan perubahan aliran harga. Saya mencadangkan kepada para pedagang untuk kekal mendatar buat masa sekarang dan menunggu sehingga pengesahan yang selanjutnya. 



2. Tahap sokongan bagi Perak di lihat terletak pada tahap $ 18.90, diikuti oleh tahap $ 18.00 manakala tahap rintangan pula masing-masing terletak pada tahap $ 20.40, diikuti oleh tahap $ 21.70, dan seterusnya pada tahap yang lebih tinggi.


3. Struktur menunjukkan bahawa Perak kini sedang berada di pertengahan jalan dan perlu menembusi sekurang-kurangnya pada tahap $ 20.40 untuk mengesahkan aliran kenaikkan harga masih kekal berada di dalam kawalan. Sebaliknya, penembusan harga di bawah tahap $ 18.90 akan menyebabkan aliran harga bergerak ke tahap yang lebih rendah hingga mencecah ke tahap $ 17.00/16.00.


Cadangan Perdagangan:

Kekal mendatar buat masa sekarang atau mengambil 50% pesanan membeli dengan menetapkan kedudukan stop loss di bawah tahap $18.90, sasaran dibuka. (persediaan agresif).

Semoga berjaya!