Analisis Teknikal USD/CHF untuk 06 Mei, 2014

USD/CHF

Pasangan itu telah di dagangkan di dalam aliran menurun daripada tahap 0.8952. Pasangan kini sedang berhadapan dengan rintangan yang kuat pda garisan aliranmenuurn. Kami menjangkakan bahawa pasangan ini akan membuat penembusan kenaikkan harga dalam tempoh beberapa minggu yang akan datang. Di sebelah bawah, pasangan mata wang ini mempunyai sokongan yang kuat pada tahap 0.8744 (tahap rendah 11 April). Apabila tahap ini ditembusi, maka harga diramalkan akan jatuh ke tahap 0.87 dan 0.8655. Di sebelah atas, pasangan mata wang ini dilihat mempunyai rintangan yang kuat pada tahap 0.8818 (SMA50 Harian) di atas garisan aliran menurun ini. Sebaik sahaja pasangan mata wang ini menembusi garisan aliran menurun, maka harga akan dijangkakan akan bergerak menuju hingga ke tahap 0.90 (EMA200 Harian). RSI di dalam carta harian menunjukkan strategi membeli ke tahap harga rendah. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi pada tahap 0.8744, maka anda disarankan agar tidak mengambil pesanan membeli, para pedagang perlu menunggu penembusan harga pada tahap 0.87 atau 0.8650.


Pada masa ini, pasangan mata wang sedang berhadapan dengan rintangan yang terletak pada tahap 0.8781 pada asas urusniaga harian dan menembusi sokongan pada tahap 0.8766. Perdagangan mata wang ini telah terperangkap di antara tahap 0.8781-0.8766. Di sebelah bawah, di bawah tahap 0.8766, harga dijangkakan akan menembusi tahap sokongan serta-merta yang terletak pada tahap 0.8744, panik sebenar akan bermula, sebaik sahaja pasangan mata wang ini menembusi pada tahap 0.8744. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi pada tahap yang lebih tinggi, maka harga diramalkan akan melonjak hingga ke tahap 0.8787, 0.88 dan 0.8823. Tahap perubahan aliran harga kelihatan terletak pada tahap 0.8862. Kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang ini akan cuba untuk menembusi tahap sokongan sekali lagi dan harga akan bergerak ke arah tahap yang lebih tinggi.