Ramalan Beserta Analisis Urusniaga Harian EUR/USD untuk 12 Mei, 2014

Pada hari ini, perhatian para pedagang diramalkan akan lebih tertumpu pada acara ekonomi hari esok: iaitu Sentimen Ekonomi ZEW Jerman. Berdasarkan pada carta harian, pasangan mata wang ini dilihat sedang membentuk baji. Kami mengandaikan bahawa kejatuhan harga yang ketara telah pun bermula dan ia akan berlanjutan buat beberapa ketika. Tahap 1.379 dan 1.367 adalah dua tahap pertama yang akan ditembusi untuk mengesahkan bahawa baji telah membawa kepada perubahan arah aliran harga. Merujuk pada carta mingguan pula, pasangan mata wang ini dilihat telah menembusi corak dagangan 11 bulan. Corak dagangan minggu lalu telah menyatakan penembusan pada garis aliran harga yang lebih rendah sebagaimana yang telah ditunjukkan di dalam carta di bawah, menyatakan sasaran penurunan harga pada tahap 1.3696 dan 1.367.


Di dalam carta harian, RSI menyatakan penembusan harga bagi aliran semasa yang telah terbentuk 2 bulan lepas. Semasa sesi dagangan hari Jumaat, pasangan mata wang ini telah menunjukkan isyarat penurunan harga yang besar. 


Gambaran Penurunan Harga-


Berdasarkan pada carta mingguan, pasangan mata wang ini telah menembusi dan menutup di bawah garisan aliran 10 bulan yang lebih rendah. 


Di dalam carta harian, pasangan ini dilihat telah menembusi dan menutup di bawah garis aliran 2 bulan lebih rendah. 


Manakala di dalam carta harian pula, pasangan ini dilihat telah menembusi dan menutup di bawah SMA 50 hari.

Urusniaga Harian-

Pasangan mata wang ini telah memulakan sesi dagangan Asia dalam aliran kenaikkan harga untuk urusniaga harian dan tujuan BTST. Petunjuk momentum setiap jam menyatakan isyarat penarikan semula kenaikkan harga. Sehingga kini, pasangan ini telah memulakan strategi dagangan rendah, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang ini akan ditarik kembali hingga ke tahap 1.3774, 1.38 dan 1.3830.


Untuk aliran menurun, pasangan mata wang ini dilihat mempunyai sokongan pada tahap 1.3737, 1.37 dan 1.3673.


Cadangan Perdagangan- cmp 1.3760

Ambil pesanan membeli pada cmp atau 'safe traders' boleh mengambil pesanan membeli di atas tahap 1.3762