Analisis Teknikal Emas untuk 12 Mei, 2014

Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:

1.  Emas dilihat telah melantun dari garisan aliran sokongan serta-merta yang terletak berhampiran pada tahap $ 1,280.00 sebagaimana yang dapat anada perhatikan di sini. Juga tahap Fibonacci 0.786 baru-baru ini telah meningkat dari tahap $ 1,275.00 menuju ke tahap $ 1,314.00 melalui wilayah yang sama. Komoditi ini kelihatan telah bersedia untuk melanjutkan kenaikkan ke arah tahap $ 1,330.00 dan seterusnya ke tahap yang yang lebih tinggi buat masa sekarang. Saya mencadangkan kepada para pedagang untuk kekal berada pada kedudukan membeli dengan menetapkan risiko kekal pada tahap harga $ 1,270.00. 


2. Sokongan bagi Emas terletak pada tahap $ 1,270.00, diikuti oleh tahap $ 1,230.00/40.00, $ 1,210.00 dan seterusnya tahap yang lebih rendah, manakala rintangan pula masing-masing terletak pada tahap $ 1,330.00, diikuti oleh tahap $ 1,388.00 dan seterusnya tahap yang lebih tinggi lagi.


3. Struktur menunjukkan bahawa Emas berkemungkinan kini sedang membentuk 'double bottom' di sekitar tahap $ 1,270 dan bersedia untuk melonjak ke arah tahap harga $ 1,330.00, $ 1,3350.00 dan kemudianya ke tahap yang lebih tinggi dari sini.


Cadangan Perdagangan:

Kekal membeli buat masa sekarang, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss di bawah tahap $1,270.00, fan sasaran adalah terbuka.

Semoga berjaya!