Analisis teknikal EUR/JPY untuk 14 Mei, 2104

Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:

1. Pasangan mata EUR/JPY kini dilihat sedang menguji julat dasar pada tahap 140.00. Pembalikan kenaikkan harga berkemungkinan besar akan bermula daripada tahap harga semasa pada 140.10/15, yang berpotensi untuk mendorong harga bergerak ke arah pertengahan 142.00 dengan mudah. Penolakan harga di atas tahap 143.00 akan mengesahkan bahawa aliran kenaikkan harga kini berada di dalam kawalan dan bersedia untuk menguji tahap 144.00 dan 145.50. Sebaliknya, penembusan harga di bawah tahap 140.00/139.80 akan mengesahkan bahawa pasangan mata wang ini akan mengalami pembetulan harga yang lebih besar. Saya mencadangkan kepada para pedagang untuk kekal mendatar pada masa sekarang. 


2. Sokongan bagi pasangan mata wang ini dilihat terletak pada tahap 140.00, diikuti dengan tahap 138.50, 136.00 dan seterusnya tahap yang lebih rendah. Manakala rintangan pula terletak pada tahap 142.50/143.00 dan diikuti masing-masing dengan tahap 143.50/144.00 dan 145.50.


3. Struktur ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang EUR/JPY berkemungkinan akan bergerak menuju sekurang-kurangnya ke arah tahap 142.50 sehingga masa harga kekal di atas tahap 140.00 buat masa sekarang. Penembusan harga di bawah tahap tersebut akan menggalakkan lagi aliran menurun.



Cadangan Perdagangan:

Kekal mendatar buat masa sekarang ATAU mengambil pesanan membeli dengan menetapkan kedudukan Stop Loss di bawah tahap 139.80, dengan menetapkan sasaran pada tahap 142.50.

Semoga berjaya!