Tahap Teknikal Mingguan GBP/USD untuk 19-23 Mei, 2014

Nota:

Jika arah aliran bersifat menaik, maka kekuatan mata wang akan ditakrifkan seperti berikut: GBP adalah arah aliran menaik dan USD adalah arah aliran menurun. Penarikan semula Fibonacci digunakan untuk menentukan tahap psikologi yang tepat bagi tahap sokongan dan rintangan. Tempoh masa perlu diambil kira. Fibonacci kini berada di dalam julat dagangan, ia kelihatan seperti arah aliran yang memerangkap dan naik atau turun. Sekiranya anda jual atau beli untuk jangka panjang dalam tempoh ini, pasti anda akan mengalami kerugian.

Stop Loss TIDAK boleh melebihi jumlah pendedahan maksimum anda. Oleh yang demikian, stop loss hendaklah ditetapkan sekitar 50 pips untuk setiap kedudukan.

Sokongan utama bagi 19-23 Mei, 2014 terletak pada tahap 1.6730.

Rintangan utama bagi 19-23 Mei, 2014 terletak pada tahap 1.6950.

Kami menjangkakan bahawa julat dagangan baru kira-kira 135 pips pada minggu ini






Huraian:

Sekiranya harga berada pada titik pangsi (1.6815), maka perhatikan pergerakkan semula harga ke arah rintangan 1 yang terletak pada tahap (1.6898) atau sokongan 1 (1.6727). . Sekiranya harga berada pada rintangan 1 (1.6898), maka kami meramalkan bahawa harga bergerak menuju ke arah tahap rintangan 2 (1.6986) atau kembali ke titik pangsi (1.6815). Sekiranya harga berada pada sokongan 1 (1.6727), maka kami meramalkan bahawa harga bergerak menuju ke arah tahap sokongan 2 (1.6568) atau kembali ke titik pangsi (1.6898). Sekiranya harga berada pada sokongan 2 (1.6644), maka kami meramalkan bahawa harga bergerak menuju ke arah tahap sokongan 3 (1.6556) atau kembali ke tahap sokongan 1 (1.6727). I Sekiranya harga berada pada tahap rintangan 2 (1.6986), maka anda dinasihatkan untuk tunggu sehingga harga bergerak menuju ke arah tahap rintangan 3 (1.7069) atau kembali ke arah tahap rintangan 1 (1.6898). Para pedagang harus diingatkan bahawa jika tidak terdapat berita penting yang berpotensi untuk mempengaruhi, maka harga pasaran dijangkakan akan bergerak dari titik pangsi rintangan 1 (1.6898) atau sokongan 1 (1.6640). Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat berita penting yang berpotensi untuk mempengaruhi, maka harga pasaran berkemungkinan akan bergerak terus melalui rintangan 1 (1.6898) atau sokongan 1 (1.6727) dan rintangan 2 (1.6986) atau sokongan 2 (1.6644) dan juga rintangan 3 (1.7069) atau sokongan 3 (1.6556).