Analisis Harian USD/CHF untuk 20 Mei, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dalam julat yang lebih rendah. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh pendirian dasar monetari dovish Bank Negara dan penjualan swiss franc semasa pasangan EUR/CHF mengukuh. Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD adalah kenaikkan harga, purata pergerakkan lima hari berada di atas MA 15 hari dan kian meningkat, stokastik tetap tinggi di zon terlebih beli.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.89; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.8876. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.8949. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.8955 dan sasaran kedua pada tahap 0.8975.


Tahap Rintangan:

0.8955
0.8975
0.9010

Tahap Sokongan:
0.89
0.8875
0.8845