Analisis EMAS untuk 20 Mei, 2014

Huraian:

Sebagaimana analisis kami yang terakhir, emas telah didagangkan dalam aliran menurun, harga telah ditolak dari tahap rintangan kami pada tahap 1,305.00 dan harga telah menguji tahap 1,285.76 pada jumlah melebihi purata berdasarkan pada carta 4h. Sebagaimana yang dapat anda lihat pada carta, penarikan semula Fibonacci kami 61.8% pada tahap 1,290.00 telah diuji sekali lagi, oleh itu kami perlu menunggu untuk melihat apa yang bakal berlaku. Mengikut pada carta harian, kita dapat memerhatikan reaksi kenaikkan harga yang kuat pada bahagian belakang sokongan 1,277.00 pada jumlah yang lebih tinggi, yang mana ini adalah merupakan satu petanda bahawa jualan jangka pendek kelihatan sangat berisiko. Saya meletakkan tahap perkembangan Fibonacci untuk mencari potensi akhir fasa pembetulan penurunan harga semasa dan saya mendapati perkembangan Fibonacci 100% pada tahap harga 1,284.00. Kita boleh membuat kesimpulan bahawa tahap harga 1,305.00 (ayunan rendah) adalah perlawanan yang kuat dan sekiranya harga berjaya menembusi tahap pada jumlah yang lebih tinggi kita boleh melihat kesinambungan kenaikkan harga yang lebih tinggi. Oleh itu, para pedagang diingatkan untuk lebih berhati-hati semasa mengambil pesanan menjual sebagaimana harga kini sedang menghampiri zon sokongan utama.


Pangsi Harian Titik Fibonacci:

Tahap Rintangan:

R1: 1,302.34

R2: 1,305.62

R3: 1,310.93

Tahap Sokongan:

S1: 1,291.72

S2: 1,288.44

S3: 1,283.13

Cadangan Perdagangan: Semasa berurusniaga dengan komoditi ini , anda disarankan untuk lebih berhati-hati sengan pesanan menjual jangka pendek sebagaimana kini sedang menghampiri zon sokongan yang kuat.