Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
1. Emas melanjutkan aliran penurunan harga di dalam struktur kon dan dilihat telah melantun daripada garisan sokongan pada tahap $ 1,285.00 sekali lagi. Emas kini dilihat telah bersedia untuk menguji sempadan atas sekurang-kurangnya pada tahap $ 1,305.00/06.00 sekali lagi. Penembusan harga pada tahap yang lebih tinggi sekarang, berpotensi untuk mendorong aliran kenaikkan harga. Saya mencadangkan kepada para pedagang untuk kekal membeli dengan menetapkan risiko di bawah $ 1,280.00 ATAU kekal mendatar.
2. Sokongan bagi Emas dilihat dilihat terletak pada tahap $ 1,280.00, diikuti dengan tahap $ 1,270.00, $ 1,230.00 / 40.00, $ 1,210.00 dan seterusnya tahap yang lebih rendah. Manakala rintangan pula terletak pada tahap $ 1,305.00, dan diikuti masing-masing dengan tahap $ 1,310, $ 1,330.00, $ 1,350.00 dan seterusnya tahap yang lebih tinggi.
3. Struktur menunjukkan bahawa Emas baru sahaja melantun dari tahap terendahnya pada garisan sokongan sekitar $ 1,285.00. Jangkaan minimum adalah pada tahap $ 1,305.00/10.00.
Cadangan Perdagangan:
Kekal membeli, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss di bawah tahap $1,280.00, dan sasaran adalah terbuka ATAU kekal mendatar.
Semoga berjaya!