Analisis Harian Perak untuk 23 Mei, 2014

Huraian

Berdasarkan pada carta 4H di atas, perak telah didagangkan stabil di atas tahap Sokongan sekali lagi selepas melantun semula dari tahap rintangan 19.75 pada hari semalam. Sekiranya perak melanjutkan pergerakkan menurun dan berjaya menembusi tahap okongan selepas menutup di bawah garis arah aliran menaik, maka ia akan menghasilkan satu petunjuk yang meyakinkan untuk pergerakkan arah bawah dan membuka jalan bagi harga menuju ke arah sokongan yang terletak pada tahap 19.20 sekali lagi. Dalam kes ini kita perlu menunggu sehingga harga menembusi tahap ini untuk meneruskan pergerakkan menurun. Sementara itu, penembusan harga pada tahap rintangan ini akan menunjukkan kekuatan kenaikkan harga yang akan menyediakan isyarat membeli baru dari tahap ini sehingga harga mencapai tahap rintangan pada 19.75 dan seterusnya pada tahap 20.00.

Tahap Rintangan dan Sokongan: R3 (20.00), R2 (19.75), R1 (19.50), S1 (19.20), S2 (18.90), S3 (18.70).