Analisis Teknikal #USDX untuk 23 Mei, 2014

Indeks Dollar telah melakukan penarikan semula harga yang sangat cetek sekaligus mengesahkan bahawa pembeli adalah sangat kuat pada tahap harga semasa. Dengan komponen utama indeks Dolar (EURUSD) yang begitu melemah, kita telah dapat melihat penarikan semula indeks Dollar yang hanya menyentuh sokongan awan Ichimoku dan tidak pun ditarik semula sebanyak 38%. Ini adalah merupakan isyarat kenaikkan harga yang membayangkan ketiadaan penjual.

Indeks Dollar dilihat sedang membuat tahap tinggi baru yang lebih tinggi sebagaimana pembetulan penurunan harga telah berakhir dan ia adalah amat cetek. Saya kini menjangkakan bahawa indeks Dollar untuk meneruskan pergerakkan ke tahap yang lebih tinggi ke arah 80.70. Sokongan didapati terletak pada tahap 80 hingga ke tahap 79.60 sekiranya harga ditarik ke arah bawah.



Carta harian kini semakin positif kerana harga telah menembusi di atas rintangan awan Ichimoku harian. Ia berkemungkinan boleh menjadi isyarat pembalikan aliran pada tahap harian. Sokongan utama dilihat terletak pada tahap 79.60 dan tidak seharusnya ditembusi. Aliran menaik kelihatan seolah-olah mempunyai peluang untuk bergerak ke tahap yang lebih tinggi sebagaimana penjual tidak dapat menolak harga ke arah penarikan semula 38%. Penarikan semula harga yang cetek akan menandakan bahawa langkah menaik ini adalah baru dan mempunyai lebih banyak ruang untuk pergi ke tahap yang lebih tinggi.