Indeks Dollar merekodkan tahap tinggi baru pada hari Jumaat di atas 80.35. Pada masa ini, harga dilihat sedang ditarik semula sebagaimana ia berada pada tahap terlebih beli. Saya menjangkakan bahawa penarikan semula harga ini akan mencecah sokongan awan Ichimoku seperti yang dinyatakan di dalam carta di bawah.
Sokongan pertama bgai Indek dolar didapati terletak pada tahap 80.05. Sokongan seterusnya pula pada tahap 79.90 dan sekiranya harga berjaya menembusi pada tahap ini, maka Saya percaya sokongan pada 79.60 juga harus ditembusi. Sebaliknya, rintangan pula ditemui terletak pada tahap 80.50 dan 80.70. Penembudan harga di atas tahap 80.70 akan meningkatkan peluang untuk harga mencapai tahap 81. Manakala, penembusan harga di bawah tahap 79.60 berkemungkinan akan menolak indeks dolar ke arah tahap rendah sebelumnya iaitu hanya di bawah tahap 79.
Carta harian menunjukkan bagaimana harga telah berjaya menembusi di atas rintangan awan Ichimoku harian dan mencecah pada garisan aliran condong menaik biru yang mana ia pernah bertindak sebagai sokongan sebelum ini, tetapi kini ia bertindak sebagai tahap rintangan. Penarikan semula harga ke arah tahap 80.20-.10 adalah dibenarkan tetapi akhirnya aliran menaik akan perlu menunjukkan kekuatan dan menembusi di atas tahap 80.70. Harga kini sedang didagangkan dalam aliran menaik dan saya lebih gemar untuk membuka kedudukan membeli dengan mensasarkan sekurang-kurangnya ke tahap 81 selagi harga berada di atas 79.60.