Tinjaun Teknikal dan Carta Persediaan:
1. Emas dilihat telah menembusi julat dagangan di bawah tahap $ 1,270.00/80.00 sebagaimana yang dapat anda perhatikan di sini. Emas kini sedang diniagakan pada tahap $ 1,260.00 yang mana ia juga adalah merupakan sokongan Fibonacci 0.618 aliran menaik diantara tahap $ 1,180.00 /82.00 dan $ 1,388.00. Lantunan kenaikkan harga berkemungkinan akan kekal pada tahap semasa. Saya mencadangkan kepada para pedagang untuk kekal mendatar buat masa ini. Perhatikan reaksi harga pada tahap semasa.
2. Sokongan bagi komoditi ini dilihat terletak pada tahap $ 1,240.00/30.00, diikuti dengan tahap $ 1,210.00 dan seterusnya tahap yang lebih rendah. Manakala rintangan pula ditemui berada pada tahap $ 1,300.00/10.00, dan diikuti masing-masing dengan tahap $ 1,330.00, $ 1,350.00/60.00 dan seterusnya tahap yang lebih tinggi.
3. Struktur menunjukkan bahawa Emas berkemungkinan akan menghasilkan lantunan kenaikkan harga pada tahap harga semasa iaitu disekitar $ 1,260.00. Penembusan harga pada tahap ini dan kemudiannya pada tahap $ 1,230.00/40.00 akan menyebabkan emas didagangkan dalam aliran menurun.
Cadangan Perdagangan:
Kekal mendatar buat masa sekarang.
Semoga berjaya!