Analisis teknikal USD/CAD untuk 29 mei, 2014

Gambaran umum untuk 29/05/2014 09:10 CET

Sasaran bagi kedudukan beli yang ditunjukkan pada hari Isnin dicapai semasa sesi New York semalam. Pada masa ini, pasaran bergerak dalam saluran merah dan cuba untuk membangunkan impulsif dengan pergerakan menaik. Kawasan rintangan utama untuk kenaikan harga berbentuk segi empat kelabu pada zon bekalan di antara tahap 1.0904-1.0908. Penembusan diatas zon ini akan membuka pergerakan ke tahap tinggi jangka serdehana - atas gelombang (a) biru. Sebaliknya, untuk mengesahkan senario kenaikan harga dan mengesahkan perkembangan gelombang menurun, pergerakan di bawah sokongan teknikal diperlukan pada tahap 1.0834. 

Sokongan/Rintangan:

1.0940 - Glombang (a) biru ditahap tinggi

1.0910 - WR1

1.0904 - 1.0908 - Zon bekalan urusniaga harian

1.0879 - Pivot mingguan

1.0867 - Rintangan urusniaga harian

1.0848 - Sokongan urusniaga harian

1.0834 - Sokongan teknikal

Cadangan dagangan:


Pedagang harian perlu membuat pertimbangan untuk transaksi buy stop jika menembusi tahap  1.0867, dengan SL di bawah tahap 1.0848 dan TP di tahap 1.0904 dan mempunyai kemungkinan untuk meneruskan pergerakan ke tahap 1.0940. Hanya pergerakan yang jelas di atas tahap 1.0881 adalah isyarat yang sah untuk menambah kedudukan beli.