Analisis Teknikal USD/JPY untuk 29 Mei, 2014

Huraian:


Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan penurunan harga. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh penjualan mata wang yen di tengah-tengah selera risiko pelabur yang berkurangan (Tolok ketakutan VIX meningkat sebanyak 1.48% kepada 11.68, S&P ditutup 0.11% selepas mencecah kesemua tahap tinggi 1,914.46 pada hari semalam) dan kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah  (10 tahun jatuh kepada 2.434 semalam - terendah sejak 3 Julai 2013) dan penjualan pengeksport Jepun. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang USD/JPY ini telah dipengerahui oleh permintaan dari pengimport Jepun dan permintaan mata wang USD yang lebih kukuh (Indeks Spot ICE dolar indeks terdahulu 80.54 berbanding 80.35 awal Rabu).


Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menaik, walau bagaimanapun Stokastik kini sedang beralih kepada aliran penurunan harga.

Cadangan Perdagangan:


Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 101.20; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 101.5. Titik pangsi kekal berada pada tahap 101.90. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 102.15 dan sasaran kedua pada tahap 102.35.

Tahap Rintangan:
102.15
102.35
102.55

Tahap Sokongan: 
101.20
101.05
100.75