Analisis Teknikal USD/CAD untuk 30 Mei, 2014

Huraian Umum untuk 30/05/2014 07:40 CET

Tahap sokongan teknikal telah pon ditembusi pada hari semalam sejurus selepas penembusan penurunan harga dari saluran merah berlaku, mencatatkan satu lagi tahap rendah marginal di dalam pasaran. Pada masa ini, harga masih lagi didagangkan di atas sokongan teknikal yang sangat penting iaitu pada tahap 1.0813, dan penembusan harga ke tahap yang lebih rendah adalah tidak perlu dilihat sebagai aliran penurunan harga sebagaimana kitaran pembetulan kenaikkan harga masih berkemungkinan di dalam gelombang yang lebih kompleks (c) biru sebagaimana sebahagian daripada pembetulan mendatar yang tidak teratur terdapat di dalam gelombang 2. Perkiraan penurunan harga dalam gelombang (b) biru bagaimanapun telah ditukar kepada pelabelan WXYXXZ yang mewakili penurunan tiga kali ganda bagi tiga kitaran pembetulan kompleks yang mensasarkan ke tahap 1.0813 (segi empat tepat kelabu). Lantunan harga adalah diramalkan daripada tahap ini dan sekiranya perkiraanan utama ini adalah benar, maka pembangunan aliran menaik harus bermula untuk melengkapkan gelombang (c). Jika tidak perkiraan ini akan menjadi tidak sah dan pergerkakkan harga ke tahap yang lebih rendah adalah dijangkakan.

Sokongan/Rintangan:

1.0813 - Sokongan Teknikal

1.0819 - WS1

1.0824 - Sokongan Urusniaga Harian

1.0848 - Rintangan Urusniaga Harian

Cadangan Perdagangan:

Pedagang Swing dan daytraders seharusnya membuka pesanan had belian daripada zon segitiga kelabu dengan SL ditetapkan di bawah tahap 1.0799 manakala TP di tahap 1.0848 (daytraders) dan 1.0941 (swing traders).