Analisis Teknikal Emas untuk 30 Mei, 2014


Harga emas membuat penembusan harga hanya di bawah tahap $ 1,250 dan ia kini dilihat sedang cuba untuk membuat lantunan kenaikkan harga. Aliran harga buat masa ini adalah merupakan aliran menurun dan saya mengharapkan ia akan kekal menurun meskipun harga membuat penarikan semulan harga ke arah tahap $ 1.280. Pada pendapat saya, lantunan menaik semasa adalah merupakan satu lagi peluang yang baik bagi para pedagang mengambil pesanan menjual. Mengambil keuntungan berhampiran pada tahap $ 1.240-50 dan menjual berhampiran $ 1,280-70 adalah strategi pilihan saya.



Harga emas kini sedang didagangkan di bawah awan Ichimoku dan harga dilihat telah menembusi di bawah penarikan semula Fibonacci 61.8% pada pergerakkan harga dari tahap harga $ 1,180 ke tahap $ 1,391. Saya menjangkakan bahawa harga akan mencecah sekurang-kurangnya 76.4 % penarikan semula sekiranya harga tidak bergerak ke tahap yang lebih rendah. Sekiranya harga Emas menembusi tahap sokongan $ 1,220-30 , maka kita harus menjangkakan bahawa harga akan menguji pada rendah $ ,1180. Para pedagang juga diingatkan bahawa sasaran jangka panjang kini terletak di antara $ 1,100 dan $ 1,000.


Harga emas seharusnya melantun daripada penarikan semula 76.4% bagi membolehkan harga melanjutkan pembentukan segitiga jangka panjang yag mana kami jangkakan ia akan ditembusi arah bawah menuju ke tahap rendah baru seperti yang kami ramalkan. Perubahan aliran jangka panjang hanya akan berlaku sekiranya harga Emas berjaya menembusi di atas tahap $ 1,400. Saya percaya bahawa kenaikkan harga ini berpotensi untuk merekodkan tahap tinggi baru di sekitar $ 1,330.