EUR/USD: Kelihatan masih terdapat kecenderungan penurunan harga bagi pasangan mata wang ini. Sepertimana yang telah disebutkan di dalam analisis sebelum ini, kenaikkan harga yang kecil di dalam pasaran adalah merupakan peluang yang baik kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual sekali lagi. Ia telah benar-benar semalam; harga kini telah bertukar kepada aliran penurunan harga semula, ia kini dilihat sedang mengepung garisan sokongan yang terletak pada tahap 1.3600. Garisan sokongan ini berkemungkinan akan ditembusi untuk aliran menurun.
USD/CHF: Pergerakkan perlahan dan tidak memberangkan, pasaran kini dilihat sedang bergerak menghampiri ke tahap rintangan 0.9000. Pasaran juga kelihatan telah membuat percubaan untuk menemebusi sasaran ini sejak dua minggu yang lalu, dan kini, terdapat kebarangkalian yang tinggi bahawa sasaran ini akan ditembusi. Sebaik sahaja tahap rintangan ini diuji berkali-kali, maka ia berpotensi untuk memberikan laluan kepada harga untuk bergerak menuju arah tahap rintangan yang seterusnya pada tahap 0.9050.
GBP/USD: Pasangan mata wang ini sedang didagangkan dalam aliran menurun, dengan pengesahan kecenderungan penurunan harga. Ini kini sedang didagangkan di bawah wilayah pengagihan pada tahap 1.6800. Lokasi pertempuran kini berada di wilayah harga 1.6750. Ini adalah wilayah harga di mana harga diramalkan akan melanjutkan penurunan harga dan menguji semula wilayah pengumpulan pada tahap 1.6700. Minggu ini kita akan melihat sama ada wilayah pengumpulan akan ditembusi untuk aliran menurun.
USD/JPY: Pada hari Isnin, pasangan mata wang USD/JPY ini dilihat telah menembusi arah atas dengan ketara. Tahap bekalan yang terletak pada tahap 102.50 adalah sasaran mudah untuk aliran menaik. Sasaran ini diramalkan akan menembusi aliran menaik sebagaimana harga kini sedang bergerak ke arah tahap bekalan lain selanjutnya ke tahap 103.00. Ya, Corak Pengesahan kenaikkan harga didalam carta memberikan keyakinan bahawa harga untuk terus meningkat ke tahap yang lebih tinggi.
EUR/JPY: Terdapat aliran penurunan harga yang jelas pada pasangan; ditambah dengan kenaikan yang baik untuk mengambil pesanan menjual, melainkan sekiranya harga menembusi zon bekalan pada tahap 139.50 ke arah atas. .