Analisis Teknikal Pasangan USD untuk 03 Jun, 2014

USDX

Indeks ini telah bergerak ke tahap tinggi 2 bulan dan ia kini sedang menghadapi rintangan yang kuat pada SMA 50 minggu di tahap 80.74, sebaik sahaja harga berjaya menembusi di atas SMA 50 minggu, maka harga dijangkakan akan memasuki fasa baru ke tahap 81, 81.30-81,40, 82 dan 84. Bagi aliran menurun, indeks kelihatan akan mempunyai sokongan yang kuat pada tahap 80.35, di bawah tahap ini, 80.20 dan 79.90 adalah merupakan tahap sokongan yang seterusnya.

Berdasarkan pada carta harian dan 4H, RSI dan Stokastik dilihat memihak kepada pesanan menjual serta menyatakan tahap terlebih beli. Kami menjangkakan bahawa indeks akan memberhentikan kenaikkan buat seketika dan meneruskan pembetulan harga hingga ke tahap 80.40 dan 80. 'Positional traders' dinasihatkan untuk menunggu sehingga pembetulan menaik harga ini memasuki urusniaga harga rendah untuk sasaran yang lebih besar. 


Bagi 'purely speculator', ambil pesanan menjual dengan menetapkan sl pada tahap 80.75 dan sasaran pada tahap 80.50, 80.42, 80.39, 80.31 dan 80.17, juga pada tahap 80.06 dan 79.88.

USD/JPY


Pasangan mata wang ini dilihat telah melakukan penembusan menaik dari corak perdagangan menurun dan menutup di atas SMA 50 hari. Dalam sesi dagangan semalam, pasangan mata wang ini telah memberhentikan aliran menaik pada tahap fib 50.0 dan pada masa ini, pasangan mata wang dilihat telah gagal untuk menembusi tahap tinggi hari sebelumnya pada tahap 102.48, harga berkemungkinan akan melonjak naik dari tahap tersebut sehingga ke tahap 102.66, 102.78 dan 102.85. Untuk aliran menurun, 102.20 adalah merupakan tahap sokongan yang kuat dan di bawah tahap ini, pasangan akan kelihatan sangat melemah. 


Bagi perspektif urusniaga harian, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang ii akan ditarik semula untuk beberapa jam yang akan datang (pembetulan harga) ke tahap 102.14, 102.05, dan 101.90. 

USD/CHF


Pasangan mata wang ini menyediakan tahap asas pada 0.87 dan bergerak menuju ke arah tahap rintangan harian pada SMA 50 hari dan EMA 200 hari. Di dalam analisis kami yang terdahulu, kami mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual dengan menetapkan kedudukan sl di tahap 0.90. RSI harian dilihat cenderung memihak kepada pesanan menjual. Sekiranya harga menutup di atas tahap 0.90 pada hari ini, maka harga diramalkan akan bergerak naik hingga ke tahap 0.9010, 0.9040, 0.9082 dan 0.905. Sekiranya harga gagal untuk menembusi tahap 0.90, maka adalah diramalkan bahawa harga akan jatuh ke tahap 0.8930, 0.8898 dan 0.8860.

Bagi tujuan urusniaga harian, pasangan mata wang ini dilihat mempunyai sokongan penting pada tahap 0.8960.