Analisis Teknikal USD/CHF untuk 03 Jun, 2014

Huraian:

 Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan stabil dengan kecenderungan penurunan harga selepas harga mencecah tahap tinggi empat bulan 0.8995 pada hari Isnin. Sentimen CHF terjejas ekoran daripada  kejatuhan yang teruk telah direkodkan berbanding ramalan di dalam laporan PMI Switzerland iaitu 52.5 pada bulan Mei daripada 55.8 pada bulan April (berbanding ramalan yang mengunjurkan sebanyak 54.8). Pasangan mata wang USD/CHF ini juga disokong oleh mata wang USD yang lebih mengukuh, jualan franc pada pasangan EUR/CHF dan pendirian dasar monetari dovish oleh Bank Negara Swiss. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah dipengaruhi oleh permintaan franc pada pasangan CHF/JPY. Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD adalah kenaikkan harga, stokastik kekal tinggi pada zon terlebih beli, purata pergerakan lima dan 15 hari kian meningkat.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8935; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.8920. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.8995. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9010 dan sasaran kedua pada tahap 0.9035.


Tahap Rintangan:    
0.9010 
0.9035
0.9065

Tahap Sokongan: 
0.8935
0.8920
0.8885