Analisis Harian Perak untuk 03 Jun, 2014

Huraian

Berdasarkan pada carta 4H hari ini, perak dilihat telah gagal untuk meembusi tahap sokongan 18.60 pada hari semalam untuk melantun sekali lagi daripada tahap tersebut dan harga telah didagangkan diantara tahap Sokongan ini dan tahap rintangan 19.00. Pada masa ini, Perak dilihat sedang menghampiri rintangan yang terletak pada tahap 19.00 sekali lagi, oleh yang demikian para pedagang harus menunggu sehingga harga menutup di atas tahap tersebut bagi membolehkan harga melanjutkan aliran menaik. Memandangkan bahawa perak telah berjaya menutup di atas 4H, maka ia akan memberikan kita peluang yang baik untuk isyarat di atas tahap tersebut dengan sasaran pertama terletak beberapa pips di bawah tahap rintangan 19.20, dan seterusnya sasaran kedua pada tahap 19.50 sebaik sahaja harga berjaya menembusi tahap rintangan ini. Walau bagaimanapun, selagi perak didagangkan di bawah tahap 19.00, maka adalah dinasihatkan kepada para pedagang untuk menunggu sekiranya ia akan membatalkan senario langkah menaik.

Tahap Rintangan dan Sokongan: R3 (19.50), R2 (19.20), R1 (19.00), S1 (18.60), S2 (18.30), S3 (18.00).