Huraian:
Pasangan mata wang USD/CAD ini terus menunjukkan tanda-tanda kekuatan selepas harga menembusi pada tahap 1.0870. Sokongan baru telah ditetapkan pada tahap 1.0870. Tahap sokongan ini adalah bersamaan dengan nisbah 11% tahap anjakan Fibonacci. Sementara itu, aliran rintangan telah pun ditembusi dan ia kini sedang bertindak sebagai tahap sokongan pada hari semalam. Andaian yang lain adalah harga telah menembusi EMA (100) bagi mengekalkan aliran menaik dari tahap 1.0870. Selain itu, para pedagang juga harus diingatkan bahawa pasangan mata wang USD/CAD ini telah membentuk satu rintangan kecil pada tahap 1.0980; oleh yang demikian julat dagangan berkemungkinan akan berakhir di antara tahap 1.0870 dan 1.0980 dari masa sekarang. Oleh itu, pasaran akan menunjukkan peluang kenaikan harga di tahap 1.0870 dengan sasaran pertama terletak pada tahap 1.0940 dan seterusnya ke arah tahap 1.0980. Pada masa yang sama, sekiranya aliran harga ini berjaya menembsui pada tahap ini dan harga menutup di bawah 1.0980, maka ia akan memanggil momentum penurunan harga. Ia agak meyakinkan sebagaimana struktur penurunan harga tidak kelihatan seperti corak pembetulan harga. Sesudah itu, pasaran akan menunjukkan peluang penurunan harga pada tahap 1.0980. Oleh yang demikian, ia akan menjadi satu petanda yang baik bagi para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di tahap harga ini dalam dagangan jangka pendek.