Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
1. Perak kini dilihat sedang didagangkan disekitar tahap sub $ 18.50/60 sebagaimana yang dapat anda perhatikan di sini sejak beberapa sesi dagangan yang lalu. Pada masa ini, perak kelihatan seolah-olah telah bersedia untuk melonjak naik dengan cara pembetulan harga sekurang-kurangnya ke arah tahap $ 19.40/50, sebelum harga diterbalikkan semula. Saya mencadangkan kepada para pedagang untuk kekal mendatar pada masa ini dan memerhatikan peluang untuk menjual pada harga yang lebih tinggi lagi.
2. Tahap sokongan bagi komodiiti ini dilihat terletak pada tahap $ 18.60 (pertengahan), diikuti dengan tahap $ 18.20 dan $ 18.00. Manakala rintangan pula terletak pada tahap $ 19.80/90, dan diikuti masing-masing dengan tahap $ 20.00, $ 21.70, $ 22.30 dan seterusnya tahap yang lebih tinggi lagi.
3. Struktur menunjukkan bahawa Perak berkemungkinan akan melanjutkan pergerakkan menaik menuju ke arah tahap $ 19.40/50 dan harga akan diterbalikan dari tahap tersebut dan tahap tinggi yang seterusnya.
Cadangan Perdagangan:
Kekal mendatar pada masa ini, Perhatikan peluang untuk menjual pada tahap yang lebih tinggi.
Semoga berjaya!