Huraian
Berdasarkan pada carta 4H di atas, perak kelihatan stabil di bawah tahap rintangan 19.00 selepas harga berjaya menembusi tahap rintangan tersebut dan kemudianya melantun dari tahap itu untuk mengambil sedikit pergerakkan menurun sebagaimana yang dapat anda perhatikan pada carta. Sekiranya perak melanjutkan pergerakkan penurunan harga dan berjaya menembusi sokongan yang terletak pada tahap 18.60, maka ia akan menyediakan isyarat yang kuat untuk pergerakkan penurunan harga sekaligus membuka jalan bagi harga menuju ke arah tahap sokongan 18.30. Dalam kes ini, kita perlu menunggu sehingga harga menembusi pada tahap ini untuk aliran menurun. Sebaliknya, penembsuan harga pada tahap rintangan ini akan menunjukkan kekuatan kenaikkan harga sekaligus menyediakan isyarat membeli baru dari tahap harga ini sehingga mencapai tahap rintang halangan 19.20 dan seterusnya pada tahap 19.50.
Tahap Rintangan dan Sokongan : R3 (19.50), R2 (19.20), R1 (19.00), S1 (18.60), S2 (18.30), S3 (18.00).