Emas telah didagangkan dalam aliran menurun. Komoditi ini juga telah menembusi tahap rendah Februari dan telah bergerak sedikit lebih tinggi. Untuk gambaran yang lebih luas, emas kelihatan seolah-olah akan melanjutkan pergerakkan menurun hanya di bawah tahap harga $ 1,240. Butang panik akan kelihatan di bawah tahap harga $ 1,237.30 hingga ke tahap harga $ 1,210 (EMA 200 bulan). Sehingga tahap rendah bulanan ini menyelamatkan komoditi ini, harga berpotensi untuk melonjak naik sehingga ke tahap $ 1,268 (EMA 21 hari) dan $ 1,280 (EMA 40 hari) dengan rintangan pertengahan akan terletak pada tahap $ 1,260.
Ambil pesanan menjual semasa kenaikkan harga hingga penutupan mingguan menutup di atas tahap $ 1,296. Ambil pesanan menjual di bawah tahap $ 1,237.70 hingga ke tahap $ 1,213 - $ 1,210.
Berdasarkan pada carta harian, emas dilihat telah membuat asas pada tahap harga $ 1,240. Kami mencadangkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual hanya di bawah tahap $ 1,237.70 sepertimana yang telah dinyatakan di dalam artikel-artikel kami yang terdahulu. Kami masih mengaplikasikan strategi yang sama untuk minggu ini.
Sehingga kini, emas dilihat cenderung untuk membeli pada urusniaga harian rendah dengan SL ditetapkan di tahap $ 1,237.70, momentum yang kuat hanya akan berlaku di atas tahap $ 1,260. Aliran penurunan harga akan mendapatkan semula kekuatan di atas $ 1,260 menuju ke arah tahap $ 1,268, $ 1,279.75 dan $ 1,288 peringkat.
Untuk urusniaga harian, emas kelihatan melemah di bawah tahap $ 1,250. Para pedagang boleh mengambil pesanan menjual di bawah tahap harga $ 1,250 hingga ke tahap $ 1,245. Harga kelihatan mengukuh di atas tahap $ 1,254hingga ke tahap $ 1,257, $ 1,260.