Analisis Teknikal NZD/USD untuk 09 Jun, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan di dalam julat harga yang lebih tinggi selepas pasangan mencecah tahap tinggi tujuh hari pada 0.8553 hari Jumaat yang lalu. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh sentimen dolar yang positif, kebimbangan para pelabur terhadap ekonomi di China yang kian meningkat dan penjualan mata wang dolar NZ sewaktu pasangan mata wang AUD/NZD ini mengukuh. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang NZD/USD ini adalah disebabkan oleh permintaan bagi mata wang dolar NZ pada pasangan NZD/JPY di tengah-tengah selera risiko yang positif dan perbezaan kepentingan bagi pasangan mata wang NZD/USD. Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran penurunan harga, walau bagaimanapun stokastik kini semakin meningkat dari wilayah terlebih jual.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8555 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.8575. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.8445. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.84. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.8475.


Tahap Rintangan:

0.8555
0.8575
0.8615

Tahap Sokongan:
0.8445
0.84
0.8365