Analisis Teknikal Emas untuk 09 Jun, 2014

 Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:

1. Emas dilihat telah menghasilkan cartalilin menaik bercorak 'morning star' berhampiran pada tahap $ 1,240.00 sebagaimana yang dapat anda perhatikan di sini. Emas berkemungkinan akan melantun dari tahap semasa menuju ke arah tahap $ 1,270.00/80.00 dari sini. Penolakan harga di atas tahap $ 1,300.00 berpotensi untuk menjadi aliran kenaikkan harga yang ekstrem bagi Emas sekaligus mengesahkan bahawa aliran menaik akan kekal memndominasi. 


2. Sokongan bagi komoditi ini dilihat terletak pada tahap $ 1,240.00, diikuti dengan tahap $ 1,230.00, $ 1,210.00 dan seterusnya tahap yang lebih rendah. Manakala tahap rintangan pula berada pada tahap $ 1,300.00, san diikuti masing-masing dengan tahap $ 1,310.00, $ 1,330.00 dan seterusnya tahap yang lebih tinggi.


3. Struktur menunjukkan bahawa rintangan Emas terletak pada harga $ 1,270.00/80.00 buat masa sekarang. Hanya penembusan harga di atas tahap $ 1,300.00 akan menjadi aliran menaik untuk Emas.

Cadangan Perdagangan:

Kekal mendatar buat masa ini.

Semoga berjaya!