Sebagaimana analisis kami yang terakhir, emas telah didagangkan dalam aliran menaik, seperti yang kita harapkan. Harga dilihat telah menguji tahap 1,257.60 pada jumlah yang lebih tinggi (klimak membeli) menurut pada carta 1H. Seperti yang dapat anda perhatikan di dalam graf ini, kami mendapati bahawa terdapat penolakan harga yang kuat pada jumlah yang lebih tinggi (klimaks menjual) daripada tahap rintangan kami pada harga 1,257.00. Walau bagaimanapun, harga telah menguji 61.8% penarikan semula Fibonacci kami (1,247.00) sekaligus mendorong harga untuk memulakan kesinambungan kenaikkan harga. Para pedagang dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dengan pesanan menjual Emas pada tahap ini sebagaimana harga telah ditolak dari penarikan semula Fibonacci pada bahagian belakang. Sekiranya harga berjaya menembusi pada tahap 1,257.50 (ayunan tinggi), maka adalah diramalkan bahawa kita akan dapat melihat harga menguji pada tahap 1,268.00 (ayunan rendah seperti rintangan)
Pangsi Harian Titik Fibonacci:
Tahap Rintangan:
R1: 1,254.38
R2: 1,254.98
R3: 1,255.93
Tahap Sokongan:
S1: 1,252.48
S2: 1,251.88
S3: 1,250.93
Cadangan Perdagangan: Perhatikan pergerakkan kenaikkan harga yang berpotensi sekiranya harga menembusi pada tahap 1,257.50