Analisis EUR/NZD untuk 09 Jun, 2014

Huraian:

Sebagaimana analisis kami yang terdahulu, pasangan mata wang EUR/NZD ini telah didagangkan dalam aliran mendatar, di sekitar tahap harga 1.6000, kita masih menunggu jumlah yang lebih besar dan pergerakan yang lebih ketara. Seperti yang dapat anda perhatikan di dalam graf, harga telah melantun daripada lanjutan Fibonacci 100% pada tahap 1.6170, seperti yang kita jangkakan dan ia juga adalah faktor yang mendorong harga untuk memulakan pergerakkan menurun. Berdasarkan pada carta masa 1H, kami mendapati bahawa bekalan yang kuat berada pada jumlah di atas purata, yang mana ini adalah merupakan petanda yang baik kepada para pedagang untuk aliran penurunan harga yang berpotensi. Ambil pesanan membeli pada tahap ini kelihatan masih sangat berisiko kerana kita telah mendapat bekalan pada jumlah yang tinggi. Kami mendapati sokongan terletak pada tahap harga 1.5920 (Penarikan semula Fibonacci 61.8%). Saya juga telah meletakkan tahap lanjutan Fibonacci untuk mencari tahap rendah yang berpotensi dan saya mendapati lanjutan Fibonacci 61.8% terletak pada tahap harga 1.5870.

Pangsi Harian Titik Fibonacci:

Tahap Rintangan:

R1: 1.6092

R2: 1.6125

R3: 1.6177

Tahap Sokongan:

S1: 1.5987

S2: 1.5954

S3: 1.5901

Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan untuk lebih berhati-hati semasa membeli pasangan EUR/NZD dan perhatikan peluang untuk menjual selepas harga ditarik semula.