Analisis Harian GBP/USD untuk 10 Jun, 2014

Carta Harian: Pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat telah meneruskan pergerakan pembetulan harga di bawah tahap rintangan 1.6851. Pasangan ini berkemungkinan akan jatuh ke tahap sokongan 1.6766 dalam beberapa hari yang akan datang, sebagaimana pasangan mata wang GBP/USD ini perlu membuat pergerakan pembetulan harga bagi membolehkan harga memulakan pergerakkan menaik. Walau bagaimanapun, kami menjangkakan bahawa akan terdapat penembusan harga pada tahap rintangan 1.6851 bagi membolehkan para pedagang kekal mengambil pesanan membeli. Petunjuk MACD kini berada di dalam wilayah positif.


Carta 4H: Pasangan mata wang ini telah membuat lantunan semula kenaikkan harga di atas SMA 200, sebagaimana pasangan GBP/USD ini terus mencari sokongan pada purata pergerakan 200 hari, oleh itu pasangan ini kekal didagangkan dalam prospek kenaikkan harga. Walau bagaimanapun, jika pasangan mata wang ini berjaya menembusi sokongan yang terletak pada tahap 1.6785, maka harga diramalkan akan jatuh ke tahap 1.6762. Petunjuk MACD adalah negatif.

Carta 1H: Pasangan mata wang GBP/USD ini telah ditarik semula berhampiran pada tahap 1.6840, oleh yang demikian, pasangan mata wang ini akan mencari sokongan pada titik kawalan dan SMA 200. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi rintangan yang terletak pada tahap 1.6850, maka harga diramalkan akan meningkat ke tahap 1.6900. Petunjuk MACD kini berada di dalam wilayah positif.

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 1.6850, take profit di tahap 1.6900, dan stop loss pada tahap 1.6750.