Carta Harian: Indeks USDX kini dilihat sedang mencuba untuk menembusi rintangan yang terletak pada tahap 80.62, sementara USDX kekal didagangkan di atas SMA 200. Buat masa ini, para pedagang dinasihatkan untuk menunggu sehingga harga menembusi tahap rintangan tersebut bagi membolehkan harga USDX bergerak ke tahap yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, USDX berkemungkinan akan membuat penarikan semula harga di tahap semasa dan jatuh ke tahap sokongan 80.11. Petunjuk MACD kini berada di dalam zon terlebih beli.
Carta 4H: Indeks USDX kelihatan telah membuat lantunan semula kenaikkan harga di atas tahap sokongan 80.35 dan ia USDX kini sedang menembusi tahap rintangan 80.60, yang mana ia terletak berhampiran dengan garisan aliran menaik. Jika USDX berjaya mengukuh di atas garisan aliran tersebut, maka adalah diramalkan bahawa harga akan meningkat hingga ke tahap 81.20 untuk dagangan jangka masa sederhana. Petunjuk MACD kini berada di wilayah positif.
Carta 1H: Indeks USDX kini dilihat sedang cuba untuk membentuk corak kenaikkan harga di atas SMA 200 dan tahap sokongan 80.59. Sekiranya Indekd USDX berjaya menembusi tahap rintangan 80.73, maka harga diramalkan akan meningkat ke tahap 80.93 sekaligus mengukuhkan lagi prospek kenaikkan harga. Petunjuk MACD kini berada di dalam wilayah positif.
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 80.59, take profit di tahap 80.35, dan stop loss pada tahap 80.83.