Analisis Teknikal GBPJPY untuk 16 Jun, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan kenaikkan harga. Kenaikkan kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah di dorong oleh selera risiko yang positif dan permintaan dari pengimport Jepun. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang GBP/JPY ini telah terjejas ekoran daripada penjualan pengeksport Jepun. Carta harian dilihat masih berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan stokastik kini berada didalam aliran menurun, purata pergerakkan lima hari kini berada di bawah MA 15 hari dan kian menurun.

Cadangan Perdagangan:  
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 173.25 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 173.90. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 171.85. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 171.40. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 172.30. 30.

Tahap Rintangan:  
173.25 
173.90 
174.75

Tahap Sokongan: 
171.85 
171.40 
171