Analisis Harian GBP/USD untuk 17 Jun, 2014

Carta Harian: Pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat telah meneruskan aliran menaik pada hari ini, sehingga kini, pasangan ini sedang mencari rintangan pada tahap 1.7000. Pasangan mata wang GBP/USD ini berkemungkinan besar akan mula membuat pergerakan pembetulan harga untuk membentuk corak menaik, justeru itu, adalah dinasihatkan kepada para pedagang agar menunggu sehingga pasangan GBP/USD ini berjaya menembusi pada tahap rintangan tersebut sebelum anda mengambil pesanan membeli. Petunjuk MACD kini berada di dalam wilayah positif.

Carta 4H: Pasangan mata wang ini mempunyai rintangan pada tahap 1.6995, oleh yang demikian, pasangan mata wang ini berkemungkinan akan jatuh ke tahap sokongan 1.6920 sekali lagi. Sekiraya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi pada tahap 1.6900, maka adalah diramalkan bahawa harga akan jatuh ke tahap 1.6841. Walau bagaimanapun, pasangan GBP/USD ini dilihat kekal mengukuh di dalam aliran menaik. Petunjuk MACD kini berada di dalam zon terlebih beli.

Carta 1H: Pasangan mata wang GBP/USD kini dilihat sedang meneruskan pergerakkan mendatar di atas tahap sokongan 1.6950. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi rintangan yang terletak pada tahap 1.7000, maka harga dijangkakan akan meningkat ke tahap 1.7050, yang mana ia akan menjadi pengukuhan kenaikkan harga yang kuat. Buat masa ini, kami menasihatkan kepada para pedagang agar lebih berhati-hati apabila membuat pesanan menjual. Petunjuk MACD kini berada di wilayah negatif.


Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 1.700, take profit di tahap 1.7050, dan stop loss pada tahap 1.6950.