Analisis Teknikal USD/CHF untuk 17 Jun, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dalam julat yang lebih rendah selepas harga mencecah tahap tinggi tujuh hari 0.9013 pada hari Isnin. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh kemerosotan mata wang dan limpahan kekuatan daripada lantunan mata wang EUR pada CHF. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah dipengaruhi oleh pendirian dasar monetari dovish oleh Bank Negara Swiss. Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD dan stokastik kini beralih kepada aliran menurun, namun purata pergerakkan lima dan 15 hari kekal meningkat.

Cadangan Perdagangan: 

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8955; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.8940. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.9015. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9035 dan sasaran kedua pada tahap 0.9060.

Tahap Rintangan:
0.9035
0.9060
0.9085

Tahap Sokongan:
0.8955
0.8940
0.89