Analisis Teknikal USD/JPY untuk 18 Jun, 2014

Pasangan mata wang ini telah didagangkan dalam aliran menaik daripada tahap 101.60. Aliran menaik harga telah diberhentikan seketika pada garisan aliran menurun. Kami meramalkan bahawa aliran menaik yang selanjutnya akan berlaku hanya di atas tahap 105.25. Sehingga harga menembusi pada tahap tersebut, kami mendapati bahawa terdapat tekanan jualan. Bagi aliran menurun, pasangan mata wang ini mempunyai sokongan pada tahap 102.10, 102 dan 101.90. Apabila harga menembusi di bawah tahap 101.90, maka tekanan jualan ini akan menjadi aktif dan berpotensi untuk membawa pasangan mata wang ini menuju ke arah tahap 101.82, 101.70 dan 101.60. Pada hari ini, 101.60 akan bertindak sebagai zon kenaikkan harga, sekiranya tahap ini ditembusi, maka pasangan mata wang ini diramalkan akan beralih mod dan menjunam sehingga ke tahap 101.40, 101.30 dan 101. 


Untuk aliran menaik, jika pasangan mata wang ini berjaya menembusi pada tahap rintangan 102.25, maka harga berkemungkinan akan melanjutkan pergerakkan menaik menuju ke arah tahap 102.40, 102.57 dan 102.65. 


Ambil pesanan menjual dengan sl ditetapkan pada tahap 102.25 atau mengambil pesanan membeli di atas tahap 102.25.