Kenaikan harga emas dari tahap $ 1,240 ke tahap $ 1,286 telah ditarik semula sebanyak 50% pada sesi dagangan hari semalam. Penarikan semula harga ini mempunyai sokongan pada tahap $ 1,258, seperti yang saya nyatakan semalam bahawa penarikan semula harga ke arah tahap $ 1,255-50 adalah dijangkakan.
Selagi harga emas mengukuh di atas tahap $ 1,258, maka kita boleh menjangkakan bahawa pergerakkan kenaikkan harga akan dilanjutkan sehingga harga mencecah pada tahap $ 1,300 dan juga ke tahap yang lebih tinggi. Sekrianya harga berjaya menembusi pada tahap $ 1,258, maka kita dapat melihat penutupan harga dibawah tahap tersebut sekurang-kurangnya dalam tempoh satu satu jam, kita patut menjangkakan bahawa harga emas berkemungkinan akan menguji tahap rendah $ 1.240 dengan penembusan yang berpotensi ke arah tahap $ 1,200-20.
Gambaran jangka panjang kami kekal tidak berubah. Selagi harga masih belum menembusi pada tahap $ 1,240, gelombang D telah selesai dan kita boleh mengharapkan satu lagi pergerakkan ke arah tahap $1,330-40. Jika emas menembusi sokongan yang terletak pada tahap $ 1,240, maka saya percaya emas akan menguji sokongan di tahap $ 1,180.